Selasa, 14 Oktober 2008

KESEDARAN

Kesedaran

Pengalaman hidup dan sesuatu peristiwa dalam hidup mengajar kita dan membangkitkan rasa kesedaran.Sedar tak sedar usia kita makin meningkat.Proses tumbesaran seseorang sama dari segi fizikal namun berbeza dari segi pemikiran dan pengalaman hidup yang dialami.Proses pembelajaran yang baik berpotensi menghasilkan produk yang baik.

Kebanyakan orang mandapat rasa kesedaran tatkala merasa susah.Dari situ dapatnya pengalaman yang mengajar erti hidup.Kadangkala ia ingat dan kadangkala lupa.Manusia adakalanya memang selalu lupa.Itu memang tidak dapat dinafikan.Maka catitlah apa yang kita perolehi.Sesungguhnya pengalaman setiap orang berbeza.Apa yang mereka rasa juga berbeza.Maka pemikiran juga berbeza.

Sudah menjadi fitrah bahawa manusia diciptakan dengan nafsu.Akal untuk berfikir dan dikurniakan dengan pencaindera yang semuanya diberi dari pencipta.Seharusnya kita bersyukur dan menyedari akan nikmat ini.Namun,berbagai-bagai persoalan yang bermain di pemikiran manusia di bumi ini seterusnya mencetus pelbagai pemikiran di minda mereka lalu mempengaruhi perbuatan mereka.Kerohanian adalah perlu untuk menyeimbangkan antara rohani dan jasmani.Namun tidak semua perkara dapat difikirkan dengan akal seorang manusia itu.Terdapat perkara ghaib yang wujud dan tidak mudah untuk dapat ditafsirkan dengan akal manusia yang akal dan pemikiran yang terbatas.

Manusia perlu ada agama untuk dianuti dan menyembah pada tuhan.Bagi ummat islam,kita menyembah ALLAH S.W.T(Tuhan Yang Esa)...Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH,nabi MUHAMMAD sebenar-benarnya pesuruh ALLAH.Dalam Islam,ia banyak mengajar cara hidup kita di dunia ini.Dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.Namun banyak perpecahan berlaku dalam islam.Ahli sunnah waljamaah yang benar mengikut kesepakatan selepas wafatnya nabi terakhir.Namun kita ummat di akhir zaman ini banyak cabaran yang berlaku dan menanti.Antaranya ialah penyelewengan dalam agama.Banyak ajaran yang mengakui bahawa ajaran mereka benar.

Antara contoh penyelewengan iaitu ada golongan yang menolak haji di Mekah dan zikir.Menyentuh soal haji,mereka menolak maka rukun islam yang kelima itu mereka tidak mengiktiraf atau tidak menerimanya.Syahadah kita dipersoal adakah sah kalau ummat tidak menyaksikan Negara islam yang total@menyeluruh.Kemudian meletakkan beriman kepada al-quran yang pertama.Secara logiknya nampak benar namun dalam rukun iman sebenarnya percaya kepada ALLAH yang pertama sekali.Kita sebagai ummat islam mesti percaya yang ghaib.

Kita berdoa semoga kita ditetapkan dengan kalimah ‘tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH,NABI MUHAMMAD itu sebenar-benarnya pesuruh ALLAH.Lakukan apa yang kita termampu dan berusaha melaksanakan perintah ALLAH.Belajarlah ilmu yang benar dari seorang guru yang benar ilmunya supaya kita tidak membawa dan membawa penyelewengan di muka bumi ini.Sesungguhnya hanya ALLAH yang mengetahui.Kita sebagai hamba mengharapkan keredaan dari-NYA…Wasalam….

Bilakah lahirnya nama Ahlus Sunnah Waljamaah ?

Dahulu di zamaan Rasulullaah SAW. kaum muslimin dikenal bersatu, tidak ada golongan ini dan tidak ada golongan itu, tidak ada syiah ini dan tidak ada syiah itu, semua dibawah pimpinan dan komando Rasulullah SAW.
Bila ada masalah atau beda pendapat antara para sahabat, mereka langsung datang kepada Rasulullah SAW. itulah yang membuat para sahabat saat itu tidak sampai terpecah belah, baik dalam masalah akidah, maupun dalam urusan duniawi.
Kemudian setelah Rasulullah SAW. wafat, benih-benih perpecahan mulai tampak dan puncaknya terjadi saat Imam Ali kw. menjadi khalifah. Namun perpecahan tersebut hanya bersifat politik, sedang akidah mereka tetap satu yaitu akidah Islamiyah, meskipun saat itu benih-benih penyimpangan dalam akidah sudah mulai ditebarkan oleh Ibin Saba’, seorang yang dalam sejarah Islam dikenal sebagai pencetus faham Syiah (Rawafid).
Tapi setelah para sahabat wafat, benih-benih perpecahan dalam akidah tersebut mulai membesar, sehingga timbullah faham-faham yang bermacam-macam yang menyimpang dari ajaran Rasulullah SAW.
Saat itu muslimin terpecah dalam dua bagian, satu bagian dikenal sebagai golongan-golongan ahli bid’ah, atau kelompok-kelompok sempalan dalam Islam, seperti Mu’tazilah, Syiah (Rawafid), Khowarij dan lain-lain. Sedang bagian yang satu lagi adalah golongan terbesar, yaitu golongan orang-orang yang tetap berpegang teguh kepada apa-apa yang dikerjakan dan diyakini oleh Rasulullah SAW. bersama sahabat-sahabatnya.
Golongan yang terakhir inilah yang kemudian menamakan golongannya dan akidahnya Ahlus Sunnah Waljamaah. Jadi golongan Ahlus Sunnah Waljamaah adalah golongan yang mengikuti sunnah-sunnah nabi dan jamaatus shohabah.
Hal ini sesuai dengan hadist Rasulullah SAW : bahwa golongan yang selamat dan akan masuk surga (al-Firqah an Najiyah) adalah golongan yang mengikuti apa-apa yang aku (Rasulullah SAW) kerjakan bersama sahabat-sahabatku.
Dengan demikian akidah Ahlus Sunnah Waljamaah adalah akidah Islamiyah yang dibawa oleh Rasulullah dan golongan Ahlus Sunnah Waljamaah adalah umat Islam. Lebih jelasnya, Islam adalah Ahlus Sunnah Waljamaah dan Ahlus Sunnah Waljamaah itulah Islam. Sedang golongan-golongan ahli bid’ah, seperti Mu’tazilah, Syiah(Rawafid) dan lain-lain, adalah golongan yang menyimpang dari ajaran Rasulullah SAW yang berarti menyimpang dari ajaran Islam.
Dengan demikian akidah Ahlus Sunnah Waljamaah itu sudah ada sebelum Allah menciptakan Imam Ahmad, Imam Malik, Imam Syafii dan Imam Hambali. Begitu pula sebelum timbulnya ahli bid’ah atau sebelum timbulnya kelompok-kelompok sempalan.
Akhirnya yang perlu diperhatikan adalah, bahwa kita sepakat bahwa Ahlul Bait adalah orang-orang yang mengikuti sunnah Nabi SAW. dan mereka tidak menyimpang dari ajaran nabi. Mereka tidak dari golongan ahli bid’ah, tapi dari golongan Ahlus Sunnah.
Demikian sekilas lahirnya nama Ahlus Sunnah Waljamaah.

2 ulasan:

Ikhwan berkata...

Antara contoh penyelewengan iaitu ada golongan yang menolak haji di Mekah(Haramain) dan zikir.Menyentuh soal haji,mereka menolak maka rukun islam yang kelima itu mereka tidak mengiktiraf atau tidak menerimanya.Syahadah kita dipersoal adakah sah kalau ummat tidak menyaksikan Negara islam yang total@menyeluruh.Bagi mereka zikir itu kerja malaikat.maka tidak perlu berzikir bagi mereka.

berfaham bahawa solat fardhu lima waktu tidak wajib dengan alasan darurat.bukannya kerna uzur dsb yang dikecualikan dalam Islam.

mengucap kalimah syahadah yang berbeza dengan dua kalimah syahadah standard Islam.

tebus dosa dengan wang ikut kadar nilai dosa. ?? persoalannya adalah bagaimana dosa bisa diukur dengan materi?dosa itu hal ghaib.yang diketahui adalah kesalahan yang mengundang dosa.

wujud faham pluralisme iaitu dalam bab Ketuhanan.iaitu Allah bagi umat Islam(Allah Yang Esa) dan kristian(Isa anak Allah) sama.nauzubillah min zalik!
banyak lagi.

Ikhwan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.