Khamis, 16 Oktober 2008

PENDIDIKAN

PENDIDIKAN


Pendidikan adalah asas dalam pengembangan ilmu dan membentuk corak pemikiran kita dalam kehidupan selain daripada pengalaman hidup seseorang.Sebagai umat Islam,hendaklah kita mempelajari ilmu agama dengan mendalam.Dalam Islam juga merangkumi aspek pendidikan untuk di dunia dan akhirat juga.Fleksibel.Islam mengajar kita cara hidup.’’Islam is way of life’’.

Dalam menuntut ilmu belajarlah ilmu yang benar dari seorang guru yang benar ilmunya.Ini supaya ia tidak membawa ilmu yang menyeleweng dan menjurus kepada kesesatan.Pendidikan adalah untuk semua bagi kesejahteraan bersama.

Kita sebagai umat akhir zaman bermacam-macam perkara berlaku dalam konteks agama seperti penyelewengan dalam agama yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan yang membawa ajaran yang menyimpang dan bertentangan dengan Ahli sunnah wal jamaah.Terfikir juga adakah mereka sedar atau tidak pembabitan mereka itu salah.Adalah lagi salah kerana ia membabitkan ajaran yang menyimpang dan bertentangan Ahli sunah wal jamaah.

Sesuatu yang kita berasakan baru tetapi masih tidak lagi menyimpang dan masih berpegang kepada Al-quran dan As-sunnah(al-hadith) serta tidak lari dari pegangan Ahli sunah wal jamaah adalah tidak salah.Dan ianya diterima kecuali ia tidak disukai oleh yang mempunyai kepentingannya sendiri.Tetapi kadang-kadang diharamkan juga walhal ianya tidak menyimpang.Mengapa ini terjadi ya???Sama-sama kita berfikir wahai sahabat-sahabat sekalian…..

Banyak jemaah islam yang ada.macam-macam ada..contohnya,ikhwan muslimin,pas,jemaah islamiyyah(JI),al-arqam,hizbut tahrir dsb.

Sesungguhnya ALLAH Yang Maha Mengetahui…Wasalam……








Assalamualaikum……


Di dalam memilih jalan di dalam kehidupan ini, seringkali kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan.Namun sebagai manusia, kita ditetapkan dengan kayu ukur al-Quran, dan peninggalan sirah hasil kutipan dan catatan ulama silam bersumber hadith dan athar yang kita tidak boleh tolak secara tidak ilmiah.... ‘’Tingkap jangan disangka pintu, pintu jangan disangka tingkap.Di dalam meluap semangat berjihad, jangan sampai kita tersungkur di pintu syurga, lalu diheret ke pintu neraka.’’

Tiada ulasan: