Khamis, 16 Oktober 2008

PENDIDIKAN

PENDIDIKAN


Pendidikan adalah asas dalam pengembangan ilmu dan membentuk corak pemikiran kita dalam kehidupan selain daripada pengalaman hidup seseorang.Sebagai umat Islam,hendaklah kita mempelajari ilmu agama dengan mendalam.Dalam Islam juga merangkumi aspek pendidikan untuk di dunia dan akhirat juga.Fleksibel.Islam mengajar kita cara hidup.’’Islam is way of life’’.

Dalam menuntut ilmu belajarlah ilmu yang benar dari seorang guru yang benar ilmunya.Ini supaya ia tidak membawa ilmu yang menyeleweng dan menjurus kepada kesesatan.Pendidikan adalah untuk semua bagi kesejahteraan bersama.

Kita sebagai umat akhir zaman bermacam-macam perkara berlaku dalam konteks agama seperti penyelewengan dalam agama yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan yang membawa ajaran yang menyimpang dan bertentangan dengan Ahli sunnah wal jamaah.Terfikir juga adakah mereka sedar atau tidak pembabitan mereka itu salah.Adalah lagi salah kerana ia membabitkan ajaran yang menyimpang dan bertentangan Ahli sunah wal jamaah.

Sesuatu yang kita berasakan baru tetapi masih tidak lagi menyimpang dan masih berpegang kepada Al-quran dan As-sunnah(al-hadith) serta tidak lari dari pegangan Ahli sunah wal jamaah adalah tidak salah.Dan ianya diterima kecuali ia tidak disukai oleh yang mempunyai kepentingannya sendiri.Tetapi kadang-kadang diharamkan juga walhal ianya tidak menyimpang.Mengapa ini terjadi ya???Sama-sama kita berfikir wahai sahabat-sahabat sekalian…..

Banyak jemaah islam yang ada.macam-macam ada..contohnya,ikhwan muslimin,pas,jemaah islamiyyah(JI),al-arqam,hizbut tahrir dsb.

Sesungguhnya ALLAH Yang Maha Mengetahui…Wasalam……








Assalamualaikum……


Di dalam memilih jalan di dalam kehidupan ini, seringkali kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan.Namun sebagai manusia, kita ditetapkan dengan kayu ukur al-Quran, dan peninggalan sirah hasil kutipan dan catatan ulama silam bersumber hadith dan athar yang kita tidak boleh tolak secara tidak ilmiah.... ‘’Tingkap jangan disangka pintu, pintu jangan disangka tingkap.Di dalam meluap semangat berjihad, jangan sampai kita tersungkur di pintu syurga, lalu diheret ke pintu neraka.’’

Selasa, 14 Oktober 2008

AL-MATHURAT

MEMAHAMI AL-MA’THURAT
(Al-Wazilah Al-Kubra)
MANUSIA lahir di atas bumi ini diberkati dengan fitrah.Disamping itu manusia juga membawa nafsu dan keinginan yang selalu mewarnai corak kehidupan seseorang.Namun begitu ALLAH SWT telah membimbing manusia dengan wahyu dan akal yang ada pada dirinya sendiri,sehingga segala godaan syaitan dapat dihadapi dengan jiwa yang taqwa dan hati yang bersih.
Tidak semua manusia mendapat hidayah dan bimbingan ALLAH ,dan tidak semua jiwa mengetahui cara yang terbaik dalam mendekatkan diri dengan YANG MAHA AGONG.Sehingga ramai yang tersesat ke lembah kebodohan dan kenistaan hidup yang berpanjangan.Sesungguhnya keteguhan jiwa itu dapat dicapai dengan aqidah yang kukuh,solat.zikir.doa,istighfar dan ibadah-ibadah yang dianjurkan ALLAH SWT untuk mengerjakannya.
Beramallah sesuai dengan anjuran Islam iaitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.Orang-orang mukmin yang sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang dapat mendekatkan dirinya kepada ALLAH SWT.Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir,membesarkan dan mengagungkan Yang Maha Mulia,kemudian ia berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb.Tiada sesuatu yang lebih bererti dalam kehidupan seorang insan melainkan mendapat keredhaan Allah SWT.
Dalam berzikir dan berdoa ada masa-masa yang tertentu diberikan oleh Allah agar zikir dan doa kita diterima dan dimakbulkannya.Alangkah lebih baik jika kita mampu mengisi dari setiap denyutan jantung kita dengan berzikir dan berdoa kepadaNya.Kemudian menghayatinya sebagai sesuatu amalan yang tidak mungkin terpisah dari kehidupan kita.Kerana insan yang beriman,dikala pagi ia bertasbih dan berdoa,dikala petang ia tetap dengan kerendahan jiwanya dengan berzikir kepada-Nya.Dikala malam hari ia semakin menundukkan diri kepada Pencipta Yang Agung.

-Imam hassan al-banna-

CATATAN PENA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

ALHAMDULILLAH…BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH IZINNYA DAPAT KITA MENGECAPI KEHIDUPAN YANG DIBERI KEPADA HAMBA-HAMBANYA SERTA SEMUA MAKHLUK DI SEKALIAN ALAM INI.
KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH TERASA BEGITU KERDIL SEKALI.APA SANGAT DENGAN ILMU YANG KITA ADA DENGAN APA YANG DIMILIKI PADA PENCIPTA KITA.PERCAYA DENGAN APA YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH YAKNI PENCIPTA KITA JADI HANYA KEPADA ALLAH YANG ESA SAHAJA KITA BERSERAH.KENALI DIRI KITA SIAPA DAN SIAPA YANG MENCIPTA KITA.MAKA PERCAYA DAN KENALILAH ALLAH DAHULU.SEGALA YANG BERLAKU ADALAH KETENTUAN DARINYA DAN KITA PERLU TERIMA QADA DAN QADAR YANG BERLAKU.SENTIASA CUBA MERAPATKAN DIRI KEPADA ALLAH DENGAN SENTIASA MENGINGATINYA WALAU DI MANA KITA BERADA.BERZIKIR DAN BERSALAWATLAH KE ATAS NABI JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W….
“AL-ULAMA WARISATUL ANBIA”..MAKSUDNYA,ULAMA ADALAH PEWARIS NABI.KITA SEBAGAI UMMAT PERLU BELAJAR DAN CUBA MENJADI “KHAIRU UMMAH” YAKNI UMMAH TERBAIK MELALUI APA CARA SEKALIPUN DAN BELAJAR SEGALA ILMU YANG BENAR DAN TIDAK BERTENTANGAN.CARILAH GURU YANG BENAR ILMUNYA UNTUK DIPELAJARI SUPAYA KITA TIDAK MENYELEWENG DAN MEMBAWA KESESATAN.OLEH KERANA ITU NABI BERPESAN BAHAWA ULAMA ADALAH PEWARIS NABI DAN ULAMA ITU MESTILAH SEORANG YANG BENAR SERTA BETUL-BETUL MENYAMPAIKAN ILMU KERANA ALLAH BUKAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI DAN APA JUA KEPENTINGAN LAIN.
SEGALA YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH DAN YANG BURUK DATANGNYA DARI KITA SENDIRI WALAUPUN SESUNGGUHNYA KEDUA-DUANYA DATANG DARI ALLAH.SENTIASALAH KITA BERDOA AGAR DITETAPKAN IMAN.NAMUN KITA SEBAGAI MANUSIA BIASA IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG.SENTIASALAH KITA BERDOA DITETAPKAN IMAN KEPADA ALLAH YANG PERTAMA.BERZIKIR DAN MENGUCAP SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W…
‘’BERJIHAD DI JALAN ALLAH ITU JALAN KAMI….BERJUANG DI JALAN ALLAH CITA-CITA KAMI…..’’
TETAPKANLAH KAMI DENGAN KALIMAH “LA ILA HA ILLALLAH..

KESEDARAN

Kesedaran

Pengalaman hidup dan sesuatu peristiwa dalam hidup mengajar kita dan membangkitkan rasa kesedaran.Sedar tak sedar usia kita makin meningkat.Proses tumbesaran seseorang sama dari segi fizikal namun berbeza dari segi pemikiran dan pengalaman hidup yang dialami.Proses pembelajaran yang baik berpotensi menghasilkan produk yang baik.

Kebanyakan orang mandapat rasa kesedaran tatkala merasa susah.Dari situ dapatnya pengalaman yang mengajar erti hidup.Kadangkala ia ingat dan kadangkala lupa.Manusia adakalanya memang selalu lupa.Itu memang tidak dapat dinafikan.Maka catitlah apa yang kita perolehi.Sesungguhnya pengalaman setiap orang berbeza.Apa yang mereka rasa juga berbeza.Maka pemikiran juga berbeza.

Sudah menjadi fitrah bahawa manusia diciptakan dengan nafsu.Akal untuk berfikir dan dikurniakan dengan pencaindera yang semuanya diberi dari pencipta.Seharusnya kita bersyukur dan menyedari akan nikmat ini.Namun,berbagai-bagai persoalan yang bermain di pemikiran manusia di bumi ini seterusnya mencetus pelbagai pemikiran di minda mereka lalu mempengaruhi perbuatan mereka.Kerohanian adalah perlu untuk menyeimbangkan antara rohani dan jasmani.Namun tidak semua perkara dapat difikirkan dengan akal seorang manusia itu.Terdapat perkara ghaib yang wujud dan tidak mudah untuk dapat ditafsirkan dengan akal manusia yang akal dan pemikiran yang terbatas.

Manusia perlu ada agama untuk dianuti dan menyembah pada tuhan.Bagi ummat islam,kita menyembah ALLAH S.W.T(Tuhan Yang Esa)...Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH,nabi MUHAMMAD sebenar-benarnya pesuruh ALLAH.Dalam Islam,ia banyak mengajar cara hidup kita di dunia ini.Dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.Namun banyak perpecahan berlaku dalam islam.Ahli sunnah waljamaah yang benar mengikut kesepakatan selepas wafatnya nabi terakhir.Namun kita ummat di akhir zaman ini banyak cabaran yang berlaku dan menanti.Antaranya ialah penyelewengan dalam agama.Banyak ajaran yang mengakui bahawa ajaran mereka benar.

Antara contoh penyelewengan iaitu ada golongan yang menolak haji di Mekah dan zikir.Menyentuh soal haji,mereka menolak maka rukun islam yang kelima itu mereka tidak mengiktiraf atau tidak menerimanya.Syahadah kita dipersoal adakah sah kalau ummat tidak menyaksikan Negara islam yang total@menyeluruh.Kemudian meletakkan beriman kepada al-quran yang pertama.Secara logiknya nampak benar namun dalam rukun iman sebenarnya percaya kepada ALLAH yang pertama sekali.Kita sebagai ummat islam mesti percaya yang ghaib.

Kita berdoa semoga kita ditetapkan dengan kalimah ‘tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH,NABI MUHAMMAD itu sebenar-benarnya pesuruh ALLAH.Lakukan apa yang kita termampu dan berusaha melaksanakan perintah ALLAH.Belajarlah ilmu yang benar dari seorang guru yang benar ilmunya supaya kita tidak membawa dan membawa penyelewengan di muka bumi ini.Sesungguhnya hanya ALLAH yang mengetahui.Kita sebagai hamba mengharapkan keredaan dari-NYA…Wasalam….

Bilakah lahirnya nama Ahlus Sunnah Waljamaah ?

Dahulu di zamaan Rasulullaah SAW. kaum muslimin dikenal bersatu, tidak ada golongan ini dan tidak ada golongan itu, tidak ada syiah ini dan tidak ada syiah itu, semua dibawah pimpinan dan komando Rasulullah SAW.
Bila ada masalah atau beda pendapat antara para sahabat, mereka langsung datang kepada Rasulullah SAW. itulah yang membuat para sahabat saat itu tidak sampai terpecah belah, baik dalam masalah akidah, maupun dalam urusan duniawi.
Kemudian setelah Rasulullah SAW. wafat, benih-benih perpecahan mulai tampak dan puncaknya terjadi saat Imam Ali kw. menjadi khalifah. Namun perpecahan tersebut hanya bersifat politik, sedang akidah mereka tetap satu yaitu akidah Islamiyah, meskipun saat itu benih-benih penyimpangan dalam akidah sudah mulai ditebarkan oleh Ibin Saba’, seorang yang dalam sejarah Islam dikenal sebagai pencetus faham Syiah (Rawafid).
Tapi setelah para sahabat wafat, benih-benih perpecahan dalam akidah tersebut mulai membesar, sehingga timbullah faham-faham yang bermacam-macam yang menyimpang dari ajaran Rasulullah SAW.
Saat itu muslimin terpecah dalam dua bagian, satu bagian dikenal sebagai golongan-golongan ahli bid’ah, atau kelompok-kelompok sempalan dalam Islam, seperti Mu’tazilah, Syiah (Rawafid), Khowarij dan lain-lain. Sedang bagian yang satu lagi adalah golongan terbesar, yaitu golongan orang-orang yang tetap berpegang teguh kepada apa-apa yang dikerjakan dan diyakini oleh Rasulullah SAW. bersama sahabat-sahabatnya.
Golongan yang terakhir inilah yang kemudian menamakan golongannya dan akidahnya Ahlus Sunnah Waljamaah. Jadi golongan Ahlus Sunnah Waljamaah adalah golongan yang mengikuti sunnah-sunnah nabi dan jamaatus shohabah.
Hal ini sesuai dengan hadist Rasulullah SAW : bahwa golongan yang selamat dan akan masuk surga (al-Firqah an Najiyah) adalah golongan yang mengikuti apa-apa yang aku (Rasulullah SAW) kerjakan bersama sahabat-sahabatku.
Dengan demikian akidah Ahlus Sunnah Waljamaah adalah akidah Islamiyah yang dibawa oleh Rasulullah dan golongan Ahlus Sunnah Waljamaah adalah umat Islam. Lebih jelasnya, Islam adalah Ahlus Sunnah Waljamaah dan Ahlus Sunnah Waljamaah itulah Islam. Sedang golongan-golongan ahli bid’ah, seperti Mu’tazilah, Syiah(Rawafid) dan lain-lain, adalah golongan yang menyimpang dari ajaran Rasulullah SAW yang berarti menyimpang dari ajaran Islam.
Dengan demikian akidah Ahlus Sunnah Waljamaah itu sudah ada sebelum Allah menciptakan Imam Ahmad, Imam Malik, Imam Syafii dan Imam Hambali. Begitu pula sebelum timbulnya ahli bid’ah atau sebelum timbulnya kelompok-kelompok sempalan.
Akhirnya yang perlu diperhatikan adalah, bahwa kita sepakat bahwa Ahlul Bait adalah orang-orang yang mengikuti sunnah Nabi SAW. dan mereka tidak menyimpang dari ajaran nabi. Mereka tidak dari golongan ahli bid’ah, tapi dari golongan Ahlus Sunnah.
Demikian sekilas lahirnya nama Ahlus Sunnah Waljamaah.

Rabu, 8 Oktober 2008

KEHIDUPAN KITA....

ASSALAMUALAIKUM....
Hidup kita sebagai manusia tidaklah lama..muhasabahlah diri,kenali diri kita,kenalpasti di mana kita,usahalah menjadi "khairu ummah" yakni ummat yang terbaik.
Lakukan yang terbaik untuk diri dan yang penting untuk sesama ummat.

Belajarlah ilmu yang benar dari seorang guru yang benar ilmunya untuk semua dan dengan ilmu itu harapannya tidak menyeleweng dan digunakan untuk sesuatu kepentingan.

muhasabahlah diri...berusaha untuk mencari kebenaran dan berbakti.Hidup mesti berjasa yakni melakukan dan menyedarkan untuk amal soleh yakni ma'ruf.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..Wasalam...